Sabtu, 30 Jun 2012

TV SWASTA BAKAL PROMOSIKAN DAJJAL KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA??!!


ULAMAK KE, GINI GAYE?
PPH baru sahaja dapat tahu dari seorang kawan blogger, yang tidak lama lagi seorang yang  menggelarkan dirinya ulamak akan diberikan satu slot khas di satu TV swasta untuk 3 kali seminggu. Wah-wah masyuk lagi la poket Ustaz yang suka menghina-dina ulamak sebenar di Malaysia nih..Poket penuh tapi ramai pulak yang sesat.!!


PPH bukannya apa..dah lama jugak GERAM dengan DAJJAL sekor nih..Mana taknya kalau mengutuk orang tu bukan main la..diri dia saja yang betul dan hebat..!!Walhal ulasan-ulasan dia mengenai permasalahan agama pun macam budak sekolah pun boleh jawap!! Bunyi jawapan mengenai permasalahannya seperti bukan merujuk ke Al Quran dan Hadis tapi lebih mirip seperti diceduk dari "Google" di internet..!! Biar lah orang nak cakap pe pasal mulut PPH nih?PPH mungkin bukan "TERER" hal agama tapi ilmu agama secuit yang ada pada PPH nih sudah cukup untuk membezakan satu kenyataan itu BENAR ataupun TIDAK yang seperti yang dituntut Islam.


Senang cakap bagi PPH setiap kupasan tentang permasalahan dalam Islam tu biarlah berdasarkan Al Quran dan Hadith..bukan main hentam kromo je, asalkan orang gelak, duit pun masyuk sudah...!!IMPLIKASINYA KEPADA UMAT ISLAM TIDAK DIPEDULIKAN..!!


PPH selitkan salah satu video daripada ribuan video yang PPH ambil untuk tontonan semua bagi kita hayati kebenaranya..



 
Kesimpulan dari PPH, syarikat TV Swasta tu biarlah buat kajian sikit kalau nak menyebarkan syiar Islam tu..jangan gadaikan Islam dengan mempromosikan individu yang serupa Dajjal semata-mata untuk populariti TV Swasta tersebut. TAKUT RAMAI YANG MAKIN SESAT..SAPE YANG NAK TANGGUNG DOSA??!!!Buat pe, jemaah penuh di masjid semata-mata nak dengar si Dajjal buat lawak tapi balik ke rumah isi di dada tentang Islam...KOSONG..KOSONG..KOSONG...(seperti lagu Najwa Latif)..  

Sumber: AAKJ

Jumaat, 29 Jun 2012

NIK AZIZ ISYTIHAR DI ALAM BARZAKH GAJI DAN ELAUN AKAN DIBAYAR SEPERTI BIASA.!!

PADA SINAR ONLINE BERTARIKH 29 JUN 2012 HARI INI, POKNIK UMUMKAN BAHAWA BELIAU AKAN BERTANDING DI KAWASAN DUN DAN KEKAL SEBAGAI MENTERI BESAR PADA PRU 13 YANG AKAN DATANG. TIMBALAN PESURUHJAYA III PAS KELANTAN, DATUK MOHD. AMAR NIK ABDULLAH BERKATA, NIK ABDUL AZIZ AKAN KEKAL BERTANDING DI PERINGKAT DUN NEGERI KELANTAN. BELIAU JUGA BERKATA KEPUTUSAN DIBUAT OLEH PUCUK PIMPINAN PARTI DI PERINGKAT PAS NEGERI DAN PUSAT.

PPH PAHAM DI ALAM BARZAKH NANTI MEMANG ADA DISEDIAKAN GAJI DAN ELAUN MENTERI BESAR DAN DARI SITU BOLEH MENTADBIR NEGERI KELANTAN YE DOK?HARAP-HARAP BOLEH LA JUGAK SETEL MASALAH AIR KELANTAN DARI ALAM BARZAKH YE ATUK GURU...!!


KHALID IBRAHIM WAJID TUKAR PROFESSION..!!

TUKAR KARIER?
Lori-lori pasir dan rumah-rumah urut di negeri Selangor bergegar lagi selepas disondol bertubi-tubi, kali ini dengan isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang telah melantik anak saudaranya sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Mujurlah keputusan mengenai isu ini telah diselesaikan secara kolektif oleh para Exco negeri Selangor sebulat suara dan keputusannya Faekah perlu meletakkan jawatan pada tarikh yang ditetapkan. Tapi sebelum pada itu, si Khalid Gagap cuba menyelamatkan Setiausaha Politiknya itu dengan memberikan alasan, bahawa “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong".

Kenapa agaknya si Khalid sayang sangat ke SecPol dia sorang nih? PPH dengar khabor,  si Faekah ni adalah penghubung kepada Presiden Keadilan, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat diselesaikan tanpa perlu diselesaikan di dalam keadaan protokol, seperti dalam  mesyuarat parti. 

Nampaknya tak lama lagi "Jahanam" lah karier si Khalid Gagap nih, mana taknya, dengan pemecatan Faekah (sekiranya betul dipecat la..), maka terserlah la kegagapan si Khalid dalam menjadi Menteri Besar Selangor. Kelemahan si gagap sebagai pemimpin yang lemah juga akan bersinar-sinar.

Si Khalid pada masa ini, seharusnya sudah berpinau-pinau memikirkan kariernya yang bakal dilucutkan tidak lama lagi. Kerana sudah semakin jelas, pihak Exco sendiri tidak bersetuju dengan pendapat si Gagap sebagai seorang pemimpin. Bagaimana hendak mentadbir sebuah negeri yang besar sekiranya tidak  mendapat sokonga dari ahli-ahli Exco sendiri? Hanya masa akan menentukan nasib si gagap..

PPH cuma nak komen sikit je,nak salahkan si gagap pun tak boleh jugek. Sememangnya "Pakatan Romen" bukan reti nak mentadbir pun? Harapkan ambil alih kerajaan yang sudah lama ditadbir urus oleh kerajaan BN, "dan-dan" terus mengaku mereka yang memajukan negeri tersebut. Dokpe, satu demi satu akan terungkai tentang kebodohan mereka ni, tunggu dan lihat jelah.

Oo..satu lagi..nasihat PPH kepada Khalid Gagap tuh supaya tukar karier jelah..dengar khabor kumpulan RAP KRU nak ambil ahli baru..sesuai sangat lah..jadi "RAPPER GAGAP"..TE TE TE TE TE...heheh

AL FATIHAH.. PELAWAK OSMAN KERING PULANG KE RAHMATULLAH..

Sinar Harian Online mengesahkan  pelawak Osman Kering, 58 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.

Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi paru-paru. Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras. Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

PPH INGIN UCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM. DIHARAPKAN KELUARGA ARWAH BERSABAR DAN REDHA AKAN PEMERGIANNYA..

RENUNGAN JUMAAT: NIK AZIZ SAMA ALIM DENGAN IBLIS?

Setelah Allah S.W.T. menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara  Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para Rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mentadbir kekayaan yang tersimpan di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t. : "Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu: "Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t.  melarang hamba-Nya beribadah kepada   sesama makhluk-Nya. "Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.



 INGKAR    


Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku? "Iblis menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur. "Kerana kesombongan, dan keingkarannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka. Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah memperkenankan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.


Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu: "Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."
RENUNGAN:

Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, PPH ingin mengajak pembaca-pembaca membuat sedikit renungan. Baru-baru ini PPH telah hadir dalam satu majlis ilmu yang banyak menceritakan tentang kejadian Nabi Adam a.s. serta keingkaran Iblis kepada Allah S.W.T. Daripada situ PPH, turut sedar cerita-cerita yang tercatit di dalam kitab Al Quran adalah sebagai renungan kepada kita (manusia) supaya dapat dijadikan panduan di kehidupan dunia dan akhirat.


PPH sengaja meletakkan Pok Nik Ajis dalam tajuk hari ini, sebagai contoh seorang tokoh Islam yang disanjung tinggi oleh pengikut-pengikut PAS kononnya sebagai seorang ulamak PAS yang paling alim di sisi Allah S.W.T. untuk bandingkan beliau dengan cerita Iblis yang telah memohon untuk menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari Kiamat.


Kenapa pula PPH nak bandingkan?Sebab sekiranya kita faham tentang latar belakang Iblis ni sebelum ia Ingkar kepada Allah S.W.T. ,Iblis dahulunya adalah hamba Allah SWT yang paling taat kepada-Nya. Bahkan dikhabarkan dalam beberapa kitab, ketaatan Iblis melebihi para malaikat. Namun beberapa masa kemudian (sehingga sekarang), Allah begitu murka kepada Iblis. Mengapa ia terjadi ? Tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan wataknya yang angkuh itu membuat Allah murka. Ini kita bercakap mengenai Iblis, yang pada suatu ketika dahulu berada di dalam golongan malaikat yang paling taat, menyembah lebih daripada malaikat-malaikat yang lain. 

Bagaimana pula dengan sifat manusia yang diberikan Allah S.W.T. kepada manusia. Adakah pemimpin seperti Pok Nik Ajiz seorang yang hanya mempunyai sifat "Mahmudah" dan tiada sedikit pun sifat "Mazmumah"? Sudah tentunya beliau juga seperti hamba Allah yang lain tidak dapat lari dua sifat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. itu. Jadi mengapa ada pengikut-pengikut yang perlu taksub kepadanya?


PPH bukannya berniat untuk berlagak seperti seorang Ustaz tetapi dari pemerhatian PPH, pemimpin PAS tersebut, hari demi hari semakin menonjol-nonjolkan sifat "Mazmumah"nya kepada rakyat. Penyokong-penyokong tegarnya pula hari demi hari makin membutakan hati, mata dan telinga mereka.  Dalam pada itu juga, kalau kita perhatikan,media-media PAS dan konco-konconya sedaya upaya cuba menutup sifat itu dengan mengeluarkan gambar-gambar beliau yang dikatakan sebagai pemimpim seorang Zuhud hampir setiap hari. Perlu ke mempromosikan sifat Zuhud beliau itu?Bukan sifat menunjuk-nunjuk itu sama seperti sifat Iblis..??


SEKIAN RENUNGAN JUMAAT PPH..WALLAHULLAM..



Khamis, 28 Jun 2012

MISTERI..!!KERUSI PARLIMEN BENTONG BAKAL DICABAR SEORANG APEK TUA..!!

Angin Kus Kus PRU 13 di Pahang deras bertiup kencang dengar-dengar khabornya seorang warga emas berbangsa Cina berangan-angan Mat Jenin hendak menakluk kerusi Parlimen Bentong. Berita ini PPH baru terima dari sumber yang menjadi pengikut setia warga emas tersebut.

PPH pun dengan beriyanya  terus mencari-cari siapakah gerangan warga emas yang berani mencabar kerusi Parlimen Bentong, yang disandang oleh Menteri Kesihatan, Dato' Sri Liow Tiong Lai itu? Selidik punya selidik, rupa-rupanya warga emas yang dimaksudkan itu adalah YB Leong Ngah Ngah, ADUN DAP dari  Triang. Dalam pada masa yang sama juga PPH dengar dia mahu anak lelakinya menggantikan kerusi DUN Triang yang bakal dikosongkan itu.

Apek Tua Berangan
PPH sebenarnya bukan nak menidakkan hak YB Triang itu..tapi PPH rasalah YB Triang ini kalu iye pun nak berangan nak ke Parlimen Bentong, "Ukur la Baju di Badan Sendiri" (betul ke peribahasa PPH nih??aah..biar lantoklah..)..tanya la diri aok, layak ke diri aok untuk duduk kerusi Parlimen tuh.?Patutlah PPH dengar banyak aduan dari warga Triang, YB dari DAP nih sudah tidak seperti dahulu. Banyak aduan masalah penduduk telah diabaikan. Berangan ke Parlimen Bentong tu satu perkaralah, nak serahkan pulok kerusi DUN Triang untuk anaknya bertanding pulok..Ishh.. memang betul la kata orang, orang-orang PR ni semuanya mengamalkan sistem 'Parti Anak Beranak'. Kenapa tak boleh bagi orang lain kerusi DUN Triang tuh? Kenapa kepada anak sendiri??Ngata orang BN dia pulok yang lebih...


Kesimpulannya, kalu dah dasar Parti "Pakatan Romen" tu memang tadok bende lain lah..NGUTUK JE ORANG KEJENYA TAPI DIRI SENDIRI PUN TAK BETUL...POORAAH CITT..!!

KUBU KUAT PAS AKHIRNYA TEWAS KEPADA HASSAN ALI DI TEMERLOH..!!

Demi Islam,Melayu dan Raja Melayu
Sejak dari pemecatannya dari PAS pada bulan Januari tahun ini, Datuk Hassan Ali sangat gigih menjelajah dari satu negeri ke negeri di seluruh Malaysia bagi memberikan amaran kepada seluruh umat Islam. Antara kandungan ceramahnya tiada lain adalah untuk menyedarkan umat Islam tentang pentingnya umat Islam di negara ini mempertahankan Aqidah, Syariah dan Akhlak agama Islam mereka. Beliau juga berulang-ulang kali mengingatkan kepada umat Islam tentang bahayanya ancaman Kristianisasi yang semakin agresif memurtadkan orang-orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia khasnya. Perjuangan beliau berpegang kepada prinsip demi agama Islam, Ketuanan Bangsa Melayu dan Raja Melayu Berdaulat. Dalam usaha beliau berjihad ini, pelbagai tuduhan serta kata-kata nista disabitkan kepada beliau. Tapi ianya tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk menyelamatkan agama Islam di negara ini.

Menurut sumber-sumber PPH, rakyat di Pahang khasnya di Temerloh sudah mula sedar akan ancaman-ancaman yang dimaksudkan oleh Datuk Hassan Ali ini. Mereka juga sudah mula bijak membezakan siapakah yang sebenarnya ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam dengan berpandukan kekuatan "Iman" dalam diri mereka. Ceramah-ceramah politik PAS di Temerloh sudah mula mereka pinggirkan, aktiviti-aktiviti anjuran PAS juga telah juga mereka abaikan. Alhamdulillah..Allah S.W.T. masih lagi sayang kepada warga Temerloh dengan membuka pintu hati mereka .

Buktinya, dari pemerhatian PPH sungguh jelas PAS sudah mula meninggalkan kempennya di Kuala Semantan , kawasan yang dilabelkan sebagai kubu kuat parti PAS sudah kelihatan lesu dan suram. Banyak program-program PAS Pusat telah dipusatkan ke Kerdau dan Kuala Krau. Masalah ketidakserasian penyandangnya juga khabarnya menjadi punca, ditambah lagi dengan ketandusan pengganti yang sesuai. 

PPH sebenarnya bukan nak komen sangat tentang kawasan kubu kuat PAS yang makin lemah itu tetapi PPH nak kongsikan tentang perjuangan Islam itu sendiri. Tanda-tanda dunia ini sudah hampir Kiamat makin jelas gamaknya apabila individu seperti Datuk Hassan Ali yang ikhlas memperjuangkan agama Islam dicaci dan dicerca..tetapi puak-puak yang mempermainkan Islam pula yang disanjung dan tambahan pada itu lagi,"Perjuang Murtad" juga turut dipertahankan..Malaysia oh..Malaysia..pe nak jadi..Tanahairku..

Rabu, 27 Jun 2012

TERKINI..!!ADUN KUALA SEMANTAN MERAJUK DENGAN PAS??

ADUN Kuala Semantan
Menurut sumber PPH yang terbaru nih..dengar khabornye ADUN Kuala Semantan, Tuan Syed Hamid Syed Mohamad akan menarik diri dari bertanding pada PRU 13 ini. Khabornya lagi, ADUN Kuala Semantan tersebut agak kecewa dengan layanan PAS Pusat terhadap beliau seolah-olah mahu meminggirkannya sebagai calon di dalam kempen PRU 13. Bakpenye jadi gitu?? PPH cuba juga lah merisik-risik kawan-kawan PAS Pusat yang lain, citenya, sikap ADUN Kuala Semantan yang suka bergaul tidak mengira fahaman politik tu membuat PAS Pusat berasa curiga atas kesetiaan beliau kepada PAS.  Dah, bukan seorang ADUN kena berbaik dengan semua orang ke?Tak kiralah sesiapa pun demi untuk menjaga kebajikan rakyat sebagai wakil rakyat yang dilantik?

P/S PPH semakin lama semakin pelik la dengan Parti "Syurga" PAS nih yang MAHA KELAM KABUT (bak kata P.Ramlee dalam filem Keluarga 69) ?? Buat gini salah, buat itu tak boleh,buat baik pun salah? Toh, Mende toh..??

*Disclaimer* Harap PAS jangan saman ke kawan nih, kawan dengar cerita ni pun masa tengah nyuap nasi minyak masa pergi jemputan orang kahwin di Temerloh hujung minggu lepas..heheh

PERBEZAAN ANTARA NIZAR, DAP DAN CHIN PENG..

Nge koo Ham penasihat agama kepada Nizar
Menurut sumber dalaman dari PAS Perak sendiri keceluparan Nizar dan sikap anti-raja-raja Melayu yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri "Pakatan Romen" (PR), Perak adalah disebabkan beliau  mempunyai  pertalian darah dengan dua pemimpin DAP iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming. Sebenarnya, Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina. Maka bak kata pepatah Melayu,"Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau tidak ke Nasi"; dengan sikap menentang institusi raja-raja melayu yang dizahirkan oleh Nizar rupa-rupanya telah sediaada mengalir dalam dirinya secara semulajadi. Kenyataan biadap Nizar berhubung terhadap Sultan Johor atas pembelian plet WWW1 jelas sekali lagi menjadi bukti bahawa Nizar tanpa segan silu cuba mencemarkan dan memalukan institusi raja yang selama ini yang menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu dan agama Islam sejak berzaman lamanya.

Ngar menghina agama Islam
Dalam konteks ini merujuk kembali kepada Ngeh dan Nga bersaudara yang juga tanpa jemu menghina Islam dengan penggunaan ayat-ayat suci Al Quran di dalam ceramah-ceramah mereka. Namun begitu, ceramah mereka tetap disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh pemimpin dari penyokong-penyokong PAS yang membenarkan aya-ayat suci Al Quran begitu mudah dipermain-mainkan dan diperlekehkan.

Budaya dan ideologi ini tidak ubah seperti fahaman komunis yang satu masa dahulu cuba menguasai Tanah Melayu dan Borneo. Fahaman yang tidak percaya kepada agama dan sistem Raja Berdaulat dalam pentadbiran sesebuah negara. Ini juga digunakan oleh Ketua Pengganas Komunis Malaya, Chin Peng bagi tujuan mempengaruhi meraih sokongan orang-orang Cina yang tiba dari tanah besar pada masa itu. Dan kini cuba diserapkan ke dalam parti politik bernama PAS dan DAP.

Ching Peng anti agama Islam
PPH  nak mengatakan disini bahawa antara Nizar, DAP Perak dan Chin Peng sebenarnya tiada perbezaan sedikit pun. Bukan kerana mereka mempunyai ideologi yang sama tetapi sebenarnya mereka mempunyai darah pertalian darah yang sama. Darah yang sama?? PAM..PAM..PAM..( Sountrek suspen dari cite P. Ramlee) Dari sumber PPH yang boleh dipercayai mengatakan  Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming ada pertalian saudara yang rapat dengan bekas Ketua Pengganas Malaya tersebut dan semestinya sekiranya sahih benar perkara ini, si Nizar tu pun secara tidak langsung ada pertalian saudara. Patutlah bila PPH tgk muka si Nizar ni PPH macam nak PELEMPANG JEPUN je dua tiga kali, rupa-rupanya EKAU NI DARAH KOMUNIS YE NIZAR..ISH..ISH..ISH...PUIII...






Selasa, 26 Jun 2012

PANAS!!!! TM BERHAD SALAH SATU PENGANJUR "HIMPUNAN HIJAU 2.0" DI KUANTAN???

Hujung minggu lepas PPH singgah ke Pelangi Resort di Balok, Kuantan..hati kawan ini teringin sangat nok nengok ke "Himpunan Hijau 2.0" anjuran Parti Ajaran Sesat Semenanjung Malaysia (PAS) yang heboh diperkatakan tuh. Kononnya, 50,000 peserta akan hadir. Maka pada hari itu sampai la kawan di tapak majlis tersebut. Di kala sedang kawan ralik nengok ke gerai-gerai baju,makanan dan bendera hitam yang mirip agama Buddha tuh..kawan tersentak bila terjumpa satu khemah gerai dengan logo TM di mata kawan. Tiba-tiba sahaja PPH rasa hangin satu badan..Dalam hati kawan, siapalah manusia yang tak bertanggungjawab nih? PPH tidaklah menyalahkan pengurusan Telekom Malaysia Berhad serta tidak juga menuduh mereka terlibat dalam pengajuran program tersebut. Apa yang kawan geramkan sikap wakil penjual yang rakus untuk meningkatkan jualan tanpa memikirkan tentang IMPLIKASINYA (bila tension je PPH keluar bahasa kamus) mempromosikan nama TM di majlis parti pembangkang yang anti- kerajaan sepertinya. Sedar  ke tidak deme nih?

Gerai TM di tapak Himpunan Hijau 2.0
PPH cuma ingin beri sedikit pandangan kepada wakil-wakil penjual di luar sana. PPH faham masing-masing ingin mencari rezeki yang halal tetapi PPH harap biarlah sesuai dengan majlisnya. Kalau PPH di pihak pembangkang dengan senang sahaja kawan akan timbulkan kekeliruan kepada rakyat dengan mengatakan, "TM juga membantah Penubuhan Kilang Lynas". Pasti kelam kabut pengurusan TM dibuatnya nanti apabila pihak luar cuba melaga-lagakan syarikat bertaraf GLC itu dengan kerajaan. Jadi sebelum ianya berlaku PPH lagi sekali berharap wakil penjual pilihlah majlis yang sesuai supaya nama TM atau mana-mana lah GLC yang berkaitan kerajaan Malaysia tidak diheret sama. Itu sahaja harapan PPH ke wakil-wakil penjual di luar sana yekk...?


Sabtu, 23 Jun 2012

PROGRAM "HIMPUNAN HIJAU 2.0" ANJURAN PAS DI KUANTAN UNTUK KEMBANGKAN PLURALISMA DI PANTAI TIMUR.

Keranda dan Bendera Mirip Upacara Buddha
Bendera hitam berkabung
"Himpunan Hijau 2.0: Langkah Lestari" anjuran Parti PAS Kuantan bersama kumpulan NGO Anti-Lynas di Pantai Balok, Kuantan yang berlangsung dari 23-24 Jun 2012 dilihat sebagai tapak untuk mengembangkan fahaman "Pluralisma" secara halus.  Kelihatan berpuluh-puluh bendera berwarna hitam dengan tulisan pelbagai bahasa dipacakkan sekitar tapak program seumpama peserta sedang berkabung dalam satu upacara pengebumian agama Buddha. Dan kira-kira jam 11 malam nanti PPH dimaklumkan akan diadakan satu upacara membakar keranda-keranda mengikut adat Buddha oleh pengikut NGO Anti-Lynas yang rata-rata beragama Buddha bersama-sama penyokong PAS yang beragama Islam. Inilah makna sebenarnya "Pluralisma" yang mana semua agama adalah sama..!! Astagafirullah..Al Aazimm...(Istighfar panjang PPH dibuatnya..) 

PPH berasa amat kecewa dengan sikap PAS yang sanggup menggadaikan agama Islam demi mencapai maklamat untuk memenangi PRU 13. Apakah penyokong-penyokong PAS masih lagi lena dengan buaian Parti PAS yang menyesatkan ini? PPH  berdoa kepada Allah S.W.T. moga dibukakan pintu hati pemimpin-pemimpin PAS dan pengikut-pengikutnya agar pulang ke landasan sebenar yang dituntut Islam. Ya Allah jauhilah mereka dari azab api nerakaMU.. Nauzubillah...

SUMBER BERITA PANGLIMA PATIN HITAM TEPAT..!!!

POSTING PPH BERTAJUK "KONFLIK PKR DI PARLIMEN INDERA MAHKOTA MAKIN KEMUNCAK" BERTARIKH 22 JUN 2012 TERNYATA TEPAT SEPERTI YANG DIKHABARKAN SUMBER PPH..INI DIAKUI BENAR MENURUT  BLOG PAHANG DAILY PADA HARI INI..PPH BUKAN NAK MENDABIK DADA TAPI CUMA NAK BUKTIKAN PADA AHLI-AHLI 'PAKATAN ROMEN', BLOGGER DARI PAHANG YANG PRO BN INI BUKAN KAKI AUTA SEPERTI BLOGGER 'PAKATAN ROMEN' TU..JUSTERU ITU, NANTI-NANTIKANLAH BERITA-BERITA DARI PAHANG YANG BAKAL PPH BONGKAR PADA POSTING-POSTING YANG AKAN DATANG..TUNGGUUU...!!!!!

Jumaat, 22 Jun 2012

KONFLIK PKR DI PARLIMEN INDERA MAHKOTA MAKIN KEMUNCAK..

Azan Ismail
PPH baru sahaja dapat berita daripada sumber PPH..pada malam ni 22 Jun 2012, dijangka si Anuwar akan ke Felda Bukit Goh dan Kemaman bersama ANU-ANUNYA untuk bagi ceramah.(hehehe)..tetapi telah berjaya dihalang oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota.Siapa??Alaa.. Azan Ismail yang sedang menghadapi konflik bersama PKR tu.Jadi terpaksalah ANuwar cancel lawatan ANUnya..Camne si Azan Ismail buat PPH pun tak tahulah..??Wallalhualam..

Khabarnya Si Azan Ismail sedang meroyan gara-gara namanya bakal tidak dicalonkan oleh PKR pada PRU 13 akan datang..usah katakan nak jadi anak ikan  Anuwar, nak jadi tukang kebun Anuwar pun tak dapek..katanya..Terpaksa la bagi SERVIS kat Lim Guan Eng dan Karpal Gamaknya si Azan Ismail...supaya boleh jadi calon Melayu DAP...hhehe

P/S Kalau Parlimen Indera Mahkota dah kacau..lepas ni Kita tunggu taukey radioaktif Parlimen Kuantan pulak..KONFOM...!!!!

AKHBAR CINA DEDAH JANJI PALSU KETUA PEMBANGKANG "PAKATAN ROMEN" (PR) ..!!


AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 16 Jun 2012 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Ong Kim Tiek yang mempersoalkan janji-janji ketua pakatan pembangkang.

Antara janji yang diragui adalah janji Ketua Pembangkang untuk memansuhkan semua kutipan tol PLUS. Penulis menyatakan memang agak seronok apabila mendengar janji-janji itu tetapi bila difikirkan semula, jika tidak mengutip bayaran tol, siapa pula yang akan keluarkan kos penyelenggaraan lebuh raya?

Kedua, Ketua Pembangkang menyeru kepada semua mahasiswa supaya  tidak membayar bayar kembali hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyatakan jika pakatan pembangkang memerintah, dengan serta merta puak PR akan hapuskan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Penulis seterusnya menimbulkan persoalan siapa yang akan menanggung kos pendidikan pengajian tinggi ratusan juta ringgit itu tersebut?

Disaat Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh bertubi-tubi dengan isu rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak pembangkang, sesungguhnya kerajaan yang sama juga akan melancarkan BR1M buat kali kedua serta mengeluarkan RM174.99 juta kepada bekas anggota keselamatan negara pada zaman darurat sebagai tanda berterima kasih. 

Menurut penulis itu lagi, rakyat Malaysia bukan curiga terhadap keikhlasan janji-janji pakatan pembangkang dan bukan juga tidak percaya kepada janji-janji tersebut tetapi apa yang dicurigai, adakah negara kita  mampu dari segi kekuatan kewangannya untuk menunaikan semua janji-janji tersebut?

PPH TABIK SPRING KAT WARTAWAN CINA NI SEBAB BERANI MENULIS APA YANG SEBENARNYA YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA JANJI-JANJI "PAKATAN ROMEN" NAK DILAKSANkAN JUGAK ..SEMESTINYA MUSTAHIL..!! KAUM CINA NAMPAKNYA SUDAH MULA BERFIKIRAN RASIONAL DAN PRAKTIKAL TERHADAP JANJI-JANJI KOSONG PEMBANGKANG...ORANG MELAYU PULAK BILA LAGI NAK SEDAR?TAKAN SEUMUR NAK "TAKBIR" JE SAMPAI ANAK BINI KENA TIPU PUN TAK SEDAR-SEDAR LAGI..TAHLAH LU PIKIR SENDIRI LIAOO..!!   

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More