Selasa, 19 Jun 2012

AL FATIHAH...EXCO PAHANG, DATUK TAN AMINUDDIN PULANG KE RAHMATULLAH



Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor,Datuk Tan Aminuddin Ishak meninggal dunia pagi Selasa.Seorang jurucakap pejabat Menteri Besar Pahang mengesahkan beliau meninggal dunia 8.55 pagi.
Allahyarham yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
Beliau dihantar ke hospital itu untuk rawatan oleh anggota keluarganya pada 8 Jun lalu kerana keracunan makanan dan komplikasi penyakit lain.-19/6/2012- Sumber Agenda Daily

PPH sebagai warga negeri Pahang ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Walaupun PPH tidak berpeluang mengenali lebih rapat dengan Allahyarham, tapi PPH memang banyak mendengar cerita tentang kebaikan  serta jasa Allahyarham kepada rakyat Pahang terutamanya kepada rakyat di DUN Chenor. Kehilangan Allahyarham sudah pastinya akan dirasai oleh ahli keluarga,sahabat dan lebih-lebih lagi rakyat di negeri Pahang. Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Rohnya. Jasamu Dikenang. AL FATIHAH..

1 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More