Jumaat, 15 Jun 2012

FATWA PARTI AJARAN SESAT "PRU 13: JENTERA PARTI PAS DIGESA TANGGUH HAJI"



SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.
Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.
“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.
“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.
“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya.
Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.
“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya.
Timbalan Pengerusi DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw juga tidak setuju PRU-13 diadakan pada musim haji kerana ia mengganggu urusan ibadah umat Islam.
“Umat Islam sibuk dengan kegiatan agama pada musim haji, janganlah ditambah lagi dengan masalah PRU.
“Walaupun tempoh berkempen adalah selama dua minggu, tetapi kita perlu lakukan persiapan sebulan lebih awal.
“Kerajaan perlu fikir masak-masak sebelum umumkan tarikh PRU-13. Tidak pernah PRU diadakan pada musim haji ataupun bulan Ramadan. Saya berharap kali ini pun tiada. Kita perlu beri peluang kepada umat Islam untuk laksanakan kewajipan mereka,” ujarnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya semalam mendakwa Umno-BN menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini.
“Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.
“Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.”

Sumber: mediaselangorku.com


 PANDANGAN P.P.H.:

Parti Ajaran Sesat (PAS) ni dah hilang pedoman gamaknya..apatah lagi iman yang sebesar HAMA dalam kopiah PAS yang ada lambang Nik Ajis tuh..pe ke jadahnya nak keluar fatwa sesat sampai nak suruh orang tangguh tunaikan Rukun Islam yang kelima tuh??Nik Ajis nih ingat tiap-tiap tahun rakyat Malaysia ada 2-3 helai orang je ke yang nak tunaikan Haji??!! Dorang nih paham ke tak implikasi  (aku dah kuar bahasa kamus dah nih) kalau sesuka hati nak tangguh-tangguh orang tunai Haji nih??Ke diorang ingt semua yang nak pegi Haji tahun nih semua ahli PAS??Habis tu orang UMNO tade yang dapat pergi.ke??. Gitu?!!Nape tade pulak aku dengar pimpinan UMNO suruh ahli-ahli dia tangguh pergi Haji sebab kena kerja jadi urusetia PRU13..Ni pun bersyukur la seribu nikmat (bukan Nik Ajis Nik Mat..OK!!) kerajaan Arab Saudi tak 'BAN' terus jemaah Malaysia untuk tunaikan Haji..gara-gara beberapa beruk PAS terlepas tunjuk perasaan kat Madinah..Mcm biasa lah..SEMUA salah UMNO..abis dah kalu diri sendiri bodoh takan salah UMNO jugak..??!!BAGIRO TUL!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More