Isnin, 22 Oktober 2012

EKSKLUSIF..!!RAMALAN BANJIR DI NEGERI PAHANG DIJANGKA NORMAL..!!


Negeri Pahang dijangka akan menerima banjir pada  tahun 2012 di paras Normal. Kejadian banjir juga dikatakan adalah sama seperti tahun-tahun yang lepas. Kenyatan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Y.B. Dato' Muhammad Safian Bin Ismai kepada para media selepas selesai menpengerusikan mesyuaratat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Pahang 2012 di bilik mesyuarat utama Wisma Negeri Pahang. Walaupun begitu, beliau berkata persiapan banjir yang akan dibuat seolah-olah banjir besar ini adalah kerana kerajaan negeri tidak mahu berkompromi dengan keselamatan rakyat negeri Pahang.

Sebanyak 8 buah jawatankuasa kecil yg telah ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan-keperluan kepada kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir. Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa jumlah mangsa banjir paling besar yang dijangkakan di daerah Temerloh yang akan melibatkan seramai 34,000 mangsa dan jumlah yang paling kecil adalah di Cameron Highland yang akan melibatkan seramai 2600, namun kerajaan negeri Pahang tidak akan memandang rendah kepada di daerah-daerah lain seperti di daerah Jerantut,Kuala Lipis dan Pekan..

Beliau juga menambah, sebanyak 78 buah Pangkalan Hadapan bagi simpanan bekalan makanan telah disediakan di kawasan yang dijangkakan mengalami masalah putus hubungan yang serius. Dan beliau memaklumkan bekalan makanan yang terbaru dihantar adalah di semua kawasan Hulu Tembeling dan bekalan diteruskan lagi penghantarannya ke kawasan Pulau Tioman. Dengan selesainya mesyuarat tersebut beliau telah mengarahkan kepada setiap jabatan di negeri Pahang agar membekukan cuti pegawai yang berkaitan langsung dgn persediaan menghadapi banjir berkuatkuasa 1 Disember sehingga 15 Januari 2012 . Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya banjir berlaku lebih awal dari tarikh tersebut , semua pegawai yang sedang bercuti akan dipanggil semula serta merta.

Beliau juga menyeru  kepada kakitangan yang bekerja di sektor perhutanan serta perlonbomgam di sekitar kawasan berisiko banjir supaya keluar dari kawasan berisiko tersebut. Tidak lupa juga kepada pengemar-penggemar aktiviti lasak serta "Outdoor"  untuk menangguhkan dahulu segala aktiviti bermula pada 1 Disember sehingga 15 januari 2012 akan datang.-Sumber TAK BERNAMA


PPH nak komen sikit je tentang maklumat dari sumber PPH nih..Alhamdulillah..PPH rasa kerajaan negeri Pahang setiap tahun tidak akan lupa tentang tanggungjawab di dalam persediaan menghadapi banjir untuk menjaga kesejahteraan rakyat negeri Pahang..Pemimpin PR negeri Selangor ado ke?Pulau Pinang ado ke?Kelantan??sori la..minta maaf laa..dorang dok seronok kumpul harta untuk simpan duit untuk ISI kKOCEK dorang ado la..PPH tak sabar nak tunggu berita taklimat banjir bersama Sultan Pahang pulok...nak tau Sultan mana yang betul-betul berjiwa rakyat plok..negeri-negeri PR lain ado??

0 comments:

Catat Ulasan

MEDIA PANGLIMA PATIN HITAM

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More