Rabu, 3 Oktober 2012

TERKINI..!!!!BALA ALLAH MEMPERMAINKAN AGAMA JELAS TERBUKTI..!!!






Tafsir Al Quran dari Surah Al Baqarah, Ayat ke 16 yang bermaksud:
 "Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk ; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah."

PPH kali ini membuka blog PPH dengan sepotong ayat daripada Surah Al Baqarah Ayat ke 16, yang membawa kepada posting PPH pada hari ini.. PPH rasa pasti pembaca blog PPH masih lagi ingat dengan posting pada 29 Ogos yang lepas tentang perkataan "SYARIAH" dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pengusaha perniagaan bukan Islam. Dan selepas kurang lebih satu bulan dari terbitnya posting PPH tersebut, skim perniagaan tersebut telah terbongkar atas kesalahan di bawah Akta BAFIA 1989 kerana mengambil wang deposit secara haram.

PPH seperti biasa tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang 'modus operandi' syarikat ini, cuma PPH nak tekankan di sini, ini bukan satu kebetulan. Ini adalah tanda kebesaran Allah S.W.T. memberi balasan kepada hamba-hambaNYA yang lalai serta mudah terpedaya atau dengan sengaja dengan bersekongkol dengan puak-puak yang mempermainkan hukum Allah.S.W.T. bagi kepentingan atau mileage politik masing-masing. Ini baru ceritanya pasal perniagaan..bayangkan kalau diperingkat Politik dan diperingkat negara hukum hakam agama Islam dipermainkan..apakah akan terjadi???Siapakah yang yang akan terima balasanNYA?WALLAHUALAM..


P.S. PPH berdoa pembaca mengambil Iktibar dan selami maksud tersirat PPH..

Atas permintaan ramai dari emel-emel yang PPH terima yang masih tertanya-tanya berhubung syarikat ini..PPH sertakan link tentang berita ini..

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/10/2/mstar_jenayah/20121002094559&sec=mstar_jenayah




0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More