Selasa, 10 Julai 2012

PANAS!!!LAGI KEJADIAN AMUK DIKESAN DI BUKIT GOH, KUANTAN...!!!


Kuantan bergegar pula apabila PPH mendapat berita amuk di Felda Bukit Goh...Khabornya seramai lebih kurang 3,000 orang remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun berpakaian sekolah bersama ibubapa mereka telah menggempur Dewan Serbaguna Bukit Goh. Bagaimanapun keadaan menjadi kembali tenang apabila seramai beberapa orang urusetia bersama guru-guru dari beberapa buah sekolah telah berjaya menyusun angka giliran d pelajar-pelajar dengan baik bagi mendapatkan 1 unit netbook 1Malaysia setiap seorang yang berkelayakan. Majlis tersebut telah berlangsung bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1 tengahari tadi tarikh 10 Julai 2012.

Ibubapa sabar menunggu giliran.
HEHE..Jangan marah haa..PPH harap pembaca blog ni tidak begitu ghairah untuk mengambil tahu tentang kes kejadian amuk di Putrajaya tuh..sehinggakan teruja untuk mendengar cerita amuk di tempat-tempat lain. PPH kebetulan berada di majlis penyampaian netbook 1Malaysia bagi mengiringi anak buah PPH untuk menerima seunit netbook tersebut. Keadaan sekeliling agar meriah kerana kelihatan ramai pelajar-pelajar dari berbagai bangsa hadir bersama ibubapa mereka.

Wajah ceria ibubapa
PPH cuma nak komen, inilah sumbangan kerajaan BN yang tidak henti-henti untuk berbakti kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Janji Tetap Ditepati. Nak harapkan janji air liur "Pakatan Romen" Tadok La, kata orang Pahang..Apa pun PPH ingin ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar sekolah dari sekolah di sekitar Bukit Goh dan Sungai Lembing kerana telah berjaya menjadi sebahagian daripada transformasi kerajaan BN.


*Makluman: Gambar di atas sekali tu sekadar hiasan..heheh..jangan mare aa..

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More