Sambungan dari bahagian 1 DISINI.
"Z" seorang gadis kampung dari Selatan tanahair, baru setahun bekerja di Kuala Lumpur telah TERLANJUR bersama kekasihnya. Bingung bercampur buntu apabila mengetahui dirinya sudah pun 3 minggu mengandung. Keadaan bertambah terdesak apabila kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan terlanjurnya. Itulah hakikat dunia, "masa sedap sama-sama mau, bila dah bunting nak nampak batang hidung pun payah". Kerana kasihan dengan situasi yang dihadapi oleh "Z", seorang hamba Allah telah mencadangkan kepada "Z" supaya mencari ikhtiar di sebuah pusat perlindungan wanita. Menurutnya, dewasa ini, forum-forum internet heboh mempromosikan tempat perlindungan swasta yang kononnya, tempat yang terbaik bagi mendapatkan pertolongan bagi ibu-ibu muda yang telah terlanjur. Penempatan swasta ini kononnya IKHLAS MEMBANTU MEREKA YANG TIADA TEMPAT BERLINDUNG. Setelah puas berfikir, "Z" terus menghubungi nombor sebuah pusat perlindungan yang dipromosikan di internet melalui seorang yang bernama Yahya. Setelah hampir 30 minit "Z" berbincang, Yahya berjaya meyakinkan "Z" bahawa pusat perlindungannya IKHLAS membantu hamba-hamba Allah yang teraniaya seperti "Z" sambil dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tercanggih. Lebih meyakinkan, Yahya dengan bangganya mengaku bahawa beliau adalah KETUA CAWANGAN SEBUAH PARTI POLITIK di kawasannya. Segala tutur kata Yahya, membuat "Z" terfikir bahawa masih ada lagi orang perihatin seperti Yahya di Malaysia, lebih-lebih lagi di sebuah metropolitan besar seperti Kuala Lumpur.
Pendaftaran "Z" di pusat tersebut telah ditemani oleh sahabatnya. Kehadiran mereka disambut baik oleh Yahya, dengan tidak henti-henti meyakinkan bahawa pusat perlindungannya adalah DIIKTIRAF oleh JKM Wilayah Persekutuan dan jabatan itu sentiasa membuat lawatan ke pusat tersebut bagi memantau keselesaan para penghuninya. Program-program yang terbaik juga telah disusun atur agar masa setiap masa penghuninya diisi dengan program kerohanian yang memberikan manfaat. CUMA...ada SYARAT-SYARATNYA..setiap pelatih yang baru berdaftar dikenakan YURAN sebanyak RM 2000 KONONNYA bagi menanggung kos penempatan untuk 3 BULAN yang PERTAMA..ini bagi menjaga kelesesaan penghuninya. DAN antara SYARAT-SYARATNYA yang LAIN..apabila terlahir bayi SEKIRANYA pelatih mahu membawa bayi itu pulang akan pelatih itu akan dikenakan MINIMA RM 3,500, itu SEKIRANYA TIDAK ADA, PEMBIDA LUAR yang meletakkan lebih dari HARGA tersebut..Dalam keadaan terdesak "Z" bersetuju, apakan daya mana lagi kakinya mampu dituju..kata hati "Z" 'lebih baik aku BERCUTI sekejap dari dunia luar dari BUAT MALU kepada ibu bapaku di kampung'. Mujur duit simpanan "Z", ada berbaki lagi RM 2300, kononnya kalau kekasihnya sudi melamarnya tempoh hari, maka adalah juga duit simpanan sikit-sikit "Z" buat belanja beli barang kahwin tapi apakan daya, itulah jantan, "HABIS MADU SEPAH DIBUANG:..
bersambung ke bahagian ke 3....
0 comments:
Catat Ulasan