Rabu, 14 November 2012

PEMBONGKARAN!!!HUB PEMERDAGANGAN MANUSIA TERBESAR DI MALAYSIA DISERBU JKM. BHGN 1!!!!

Mangsa diperlakukan seperti binatang

























PPH kali ini ingin memohon izin untuk menarik perhatian pembaca-pembaca blog PPH sedikit jauh dari kancah politik Malaysia dan memberikan sedikit pembongkaran EKSKLUSIF tentang perangai manusia yang BERPERIKEBINATANGAN...Hasil kandungan PPH kali adalah adalah hasil temuduga saksi dan mangsa yang telah DIANIAYAI oleh SYAITAN yang BERTOPENGKAN manusia dan berselindung  di bawah nama AMAL  JARIAH..

Pada 10 November 2012 yang lepas, di muka hadapan akhbar Berita Harian telah memaparkan tentang satu serbuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke atas sebuah pusat perlindungan wanita KEWAJA yang berlokasi di Sungai Mulia, Setapak. Dipendekkan cerita pusat telah didapati gagal mendaftar sebagaimana di peruntukkan di bawah Seksyen 5 (1) di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Premis yang mempunyai 3 bilik tidur dan hanya sebuah bilik air itu menempatkan seramai 69 orang penghuni semasa diserbu pihak berkuasa.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai "Z" , mendedahkan bahawa kehidupan para penghuni di dalam pusat tersebut ibarat NERAKA yang menjadikan mereka seumpama haiwan oleh pihak pengurusan berhati SYAITAN. Bilangan sebenar penghuni tersebut pada satu-satu masa boleh menjejak sehingga 80 orang penghuni dan bukannya 69 orang apabila serbuan tersebut dijalankan. Pada ingatan "Z", hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana azab seksa mereka diperlakukan seperti haiwan pada masa itu. Bagi menggambarkan tentang keadaan mereka, "Z" menjelaskan penghuninya terpaksa tidur kaki bertemu kaki dengan ruang yang ada hanya selesa untuk tidur mengereng dan pada masa yang sama dua orang berkongsi satu bantal tidur.

Ikuti kisah selanjutnya pada posting PPH yang akan datang..




0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More