Ahad, 18 November 2012

PEMBONGKARAN!!!HUB PEMERDAGANGAN MANUSIA TERBESAR DI MALAYSIA DISERBU JKM. BHGN 3!!!!

Sambungan dari bahagian 2 KLIK SINI

Kini kandungan "Z" sudah hampir mencecah 3 bulan usianya. Sedih, kesal dan sunyi begitulah perasaan yang ditanggung oleh "Z" sekarang. Mana tidaknya, Pusat Perlindungan Wanita yang diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada dirinya yang telah terlanjur ini sebenarnya, "Indah Khabar Dari Rupa"!. Makanan diberi lebih teruk dari banduan penjara. Memang la makan 5 kali sehari, tapi MENUnya sama sahaja, nasi berlauk sayur atau tempe. Tidak kira makan tengahari ke,makan malam ke, itu jelah lauknya. Airnya pulak, air sejuk yang diambil oleh "Water-Cooler" yang filter berkarat-karat, tah tahun bila last servis.?! Rasanya macam hendak melarikan diri sahaja dari "Neraka Dunia" nih. 

Tetapi hatinya berdetik sendiri, "Macam mana nak cabut nih?Semua dokumen dan kad pengenalan aku semua si IBLIS, Yahya tu dah simpan masa aku datang mendaftar hari tu? Kononnya, dia nak simpan di tempat yang selamat. Semasa aku mendaftar hampir 3 bulan lepas, punyalah manis mulut...kononnya ada rawatan JAWA lepas bersalin lah, guna barangan AMWAY lah..sekarang, HABUK PUN TARAK..!! Aktiviti pun hari-hari sama sahaja, sesi kaunseling KONONNYA dari seorang PAKAR KAUSENLING yang DIIKTIRAF OLEH JKM, TAH IYE TAH IDAK?! Harapkan ada budak-budak IPTA datang membuat PROGRAM, dan mereka jugalah yang MENANGGUNG KOS makanan dan semua peralatan menjalankan program mereka di pusat tersebut. Yahya TAK KELUAR SATU SEN PUN..!!TIDAK BERBALOI menghabiskan hampir kesemua duit simpananku. YAHYA KO DASAR PENIPU!! Hissh..Aku kena cari cara lain nih, lagipun perut aku pun dah makin besar memboyot nih, camne aku nak bawak badan nih??!!" Itulah sahajalah renungan dan berontakan hati "Z" setiap kali waktu hendak menjamah makanan yang disediakan dari pusat tersebut.

Hati "Z" kembali cekal apabila mengenangkan ketabahan kakak-kakak "Senior" yang lain yang senasib dengannya di pusat tersebut. Ada di antara mereka "Z" lihat hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan bayi TERLARANG mereka. Namun mereka diperlakukan seperti BINATANG. Di rumah teres papan yang hanya mempunyai 3 bilik tidur dan HANYA 1 bilik air, penghuninya berhimpit-himpit tidur dengan bertilamkan "TILAM SPAN" yang AMAT NIPIS sambil berkongsi-kongsi bantal. Keadaannya SANGAT UZUR..TIADA KATIL disediakan di pusat ini. Di dalam sebuah bilik yang berukuran lebar 10 kaki x 10 kaki seramai 16 orang yang diasingkan mengikut kategori "ibu-ibu mengandung", berhimpit-himpit, berbaring kaki bertemu kaki. Tandas pula hanya satu dan penghuninya hanya dibenarkan mandi mengikut pecahan kumpulan 8 orang mengikut jadual. Jadual yang diberikan mengikut SYIF waktu yang pelik. Pada jam 1 PAGI, 3 PAGI dan 5 PAGI selain daripada itu penghuni TIDAK dibenarkan mandi. Bukan ada air panas dan paip getah pun..Hanya ada sebuah kolah, beberapa cebuk air plastik dan sebuah mangkuk jamban yang TIADA kepala paipnya. Mujur ada adik-adik penghuni lain yang tidak "BERISI" membantu membawa air cebuk kepada kakak-kakak yang sudah selesai menggunakan jamban. Sedih dan pilu "Z" bila mengenangkan nasib PENGHUNI pusat itu tetapi perasaan itu jugalah yang membuatkan "Z" lebih cekal sambil ingin merancang sesuatu.


bersambung kepada bahagian 4.



0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More