Jangan
heran sangat kalau orang kata Mantan Ahli Parlimen Kuantan ni seorang yang buta
matematik. Mungkin sebab itulah dia jadi pakar kaunseling pesakit mental.
Kerja tu
memang lebih sesuai bagi dia memandangkan dalam Pakatan Pembangkang sekarang ni
ramai yang sedang mengidap penyakit tersebut.
Tambahan
pulak sebelum ini, Mantan Ahli Parlimen Kuantan ini telah pun mengantoikan
dirinya sendiri dalam bab kira - kira ni sewaktu menabur fitnah terhadap Lynas.
Dalam
satu sidang media di Kedutaan Australia, dia dengan yakin menyatakan bahawa
penduduk disekitar kawasan Gebeng terdapat 700ribu orang penduduk.
Kenyataan
itu dijelaskan sendiri dari mulut dia seperti mana yang dipaparkan dalam video
dibawah. Bayangkan. Di Gebeng sahaja ada 700ribu orang. Macam mana dia kira?
Statistik
penduduk di seluruh Negeri Pahang setakat tahun 2011 dicatatkan seramai 1.4juta
orang. Jadi, adakah masuk akal separuh dari jumlah tersebut ada di Gebeng?
Kalau nak
campur dengan penduduk di Kemaman sekali pun, jumlah tersebut tak sampai
seramai itu. Di Kuantan sahaja baru ada dalam 200ribu orang. Mana datang yang
lainnya?
Maka
sekarang, dia sekali lagi cuba hendak membodohkan rakyat dengan menyatakan
semua bekalan air di Kuantan telah habis disalurkan kepada Lynas.
Tindakan
itu hanya semata - mata mahu memburuk - burukkan lagi Kerajaan Negeri dan cuba
untuk memesongkan minda rakyat terhadap pembekalan air ke Selangor.
Bagaimana
mungkin kilang memproses nadir bumi itu menggunakan keseluruhan air di Kuantan?
Berapa banyak sebenarnya jumlah air yang diperlukan oleh kilang tersebut?
Dari satu
sumber yang dimaklumkan oleh syarikat tersebut sebelum ini mendedahkan
penggunaan air kilang itu secara purata adalah sebanyak 1.5juta liter sehari.
Berapa
banyak pulak jumlah air yang digunakan oleh penduduk di seluruh daerah Kuantan?
Pernah tidak dia mendedahkan perkara tersebut kepada rakyat?
Jawapannya
tak pernah. Jika dia mendedahkan perkara tersebut secara umum, sudah tentu dia
akan kehabisan peluru untuk terus memperbodohkan rakyat.
Sumber : Semuthitam80.blogspot.com
*PPH RASA NAK BAGI PENAMPOR JE DEKAT KAK G NIH...
0 comments:
Catat Ulasan