SAKMONGKOL AK47. Satu nama yang cukup gah
dipersada Politik Malaysia. Namanya jugak cukup gah di alam siber sebagai
seorang blogger.
Perkara ini memang tidak dapat kita nafikan
kerana ianya satu hakikat yang memang nyata. Namun, disebalik nama gah itu
tersirat seribu satu rahsia.
Tetapi, sebelum kita menyelami lebih dalam
salasilah insan yang bernama Sakmongkol ini, elok kita bercerita santai
terlebih dahulu.
Dari mana asalnya nama Sakmongkol itu? Dari
penjelasan yang diberikan oleh tuan punya badan sendiri, ianya diambil dari
nama gelanggang Muay Thai di Thailand?
Kenapa Thailand? Bagaimana dia boleh dapat nama
itu? Adakah kemungkinan dia menjadikan Thailand sebagai tempat kunjungannya
secara harian?
Itu hanya dia sahaja yang tau. Hakikatnya, kalau
orang yang tak biasa ke Thailand, mana mungkin dia tau mengenai tempat
tersebut. Tak gitu?
Namun, itu bukan persoalan yang hendak kita
bangkitkan hari ini. Hari ini, kita nak persoalkan, kenapa minta sedekah untuk
bertanding dalam PRU akan datang.
Bukankah selama hari ini, Si Sakmongkol ni
sering menuduh orang UMNO/BN dapat banyak projek? Bukan ke dia sering mendakwa
UMNO ni parti kroni?
Kalau bukan dia tuduh, dah tentu – tentu puak –
puak Pakatan Pembangkang tu pernah membuat tuduhan tersebut? Betul tak?
Jika diperhatikan, Si Sakmongkol ini juga bekas
orang UMNO. Beliau pernah menjadi ADUN Pulau Manis. Bermakna, beliau juga Bekas
Ahli UMNO.
Adakah beliau bersih dari sebarang unsur – unsur
kronisme yang selama ini dijadikan bahan pertikaian oleh puak – puak Pakatan
sebelum ini?
Itu satu persoalan yang perlu dijawab oleh Si
Sakmongkol ni sebenarnya. Tujuan dia nak kutip sedekah dari rakyat adalah untuk
bertanding.
Dari sudut persepsinya, dia ingin menyatakan
yang kononnya dia tak cukup duit untuk bertanding. Adakah benar demikian? Tak
cukup duit ke dia nak bertanding?
Persoalan itu perlu dijelaskan oleh Sakmongkol
kepada orang – orang kampong. Dia perlu jelaskan secara Telus sebab Ketelusan
itu menjadi Etika DAPigs.
Apa yang penting sekarang ini, rakyat sudah
pasti tertanya – tanya, benarkah Sakmongkol itu seorang yang tidak berduit?
Layak ke dia terima sedekah orang?
Jika sekarang ni pun dia tak mampu nak tanggung
dirinya sendiri, bagaimana pula selepas ini? Adakah dia mampu nak pikul
tanggungjawab sebagai wakil rakyat? Sama – sama kita nantikan jawapan dari tuan
punya badan sendiri!!!
Bersambung...
SUMBER: SEMUTHITAM80.BLOGSPOT.COM
1 comments:
samangkok ayun nie mcm melayu yg sokong lee kuan yew dulu laa,bila ramai melayu mampus ditembak di singapore masa tu melayu tu terus senyap sampai ke hari ni,jgn dok main dgn api kelak kamu sendiri tak pandai nak padam api tu percayalah wahai melayu yg bodoh,sial,leka,lupa daratan,lupa nikmat
Catat Ulasan