Rabu, 10 April 2013

(UPDATE #GE13 PAHANG) SAKMONGKOL, PEJUANG MELAYU ATAU KELDAI TUNGGANGAN DAP???


Artikel ini adalah sambungan kepada artikel yang dikeluarkan semalam. Masih banyak lagi persoalan – persoalan yang perlu dijawab oleh Sakmongkol.

Rasanya, rakyat seluruh Malaysia sudah tahu yang Sakmongkol bertindak keluar dari UMNO lewat beberapa tahun yang lalu dan menyertai DAP.

Dalam kenyataan media, Sakmongkol menjelaskan kononnya dia menyertai DAP kerana parti itu memberi ruang yang lebih untuk memperjuangkan Melayu.

Persoalannya, kenapa dia masuk DAP? Adakah kerana PAS dan PKR tidak memberi ruang yang lebih untuk memperjuangkan Melayu?

Jelas, tindakan dan alasan yang diberikan oleh Sakmongkol itu cukup mencurigakan kita. Malah, dalam masa yang sama dia turut meludah muka parti lain dalam Pakatan.

Namun, persoalan utamanya, adakah benar Sakmongkol seorang Pejuang Melayu? Atau adakah dia hanya sekadar Keldai Tunggangan DAP semata – mata?

Mari kita lihat sejauh mana jati diri seorang yang mengatakan dirinya ‘Pejuang Melayu’ ini. Pertama, kita lihat isi kandungan blog dia pun sudah mencukupi.

Ada pernah dia menulis menggunakan bahasa Melayu? Adakah pernah dia memartabatkan persuratan Melayu didalam membuat sebarang penulisan?

Jawapannya, JARANG SEKALI. Jadi, adakah itu bukan satu bukti bahawa Si Sakmongkol ini bukanlah pejuang Melayu yang sejati? Dia sekadar cuba meraih sokongan semata – mata.

Kedua, dalam penulisan blog dia sejak menjejakkan kaki menjadi Pencacai DAP, kerap kali dia mengutuk dan mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib.

Soalnya, Si Sakmongkol ni asalanya dari mana kalau bukan dari Pekan? Sebelum ini, dia jadi ADUN pun dalam kawasan Parlimen Pekan, tempat Datuk Seri Najib.

Jika benar Datuk Seri Najib tidak membela orang Melayu dikawasannya sendiri, kenapa Si Sakmongkol tu tak bertanding di Parlimen Pekan dan berhadapan dengan Datuk Seri Najib?

Jawapannya mudah. Alasannya Si Sakmongkol ni TAKUT mahu berhadapan dengan Datuk Seri Najib walaupun dalam blog dia sering menghentam Datuk Seri Najib tanpa segan silu.

Kalau tidak, kenapa dia perlu ke Raub dan merampas kerusi tersebut dari anak Raja Puji yang sebelum ini sudah diwar – warkan sebagai calon utama di kawasan tersebut?

Adalah satu tindakan yang tidak masuk akal bagi Si Sakmongkol ni nak bertanding ditempat orang dan meninggalkan orang kampong dia sendiri tidak terbela.

Nah! Sekarang kita persoalkan semula soalan diatas. Adakah benar Si Sakmongkol ini seorang Pejuang Melayu seperti mana yang diwar – warkan atau hanya sekadar Keldai DAP?

Tuan – tuan sekalian. Sudah terang lagi bersuluh. Perkara ini memang cukup jelas. Si Sakmongkol ni hanya mampu mendabik dada didalam blog dan berlakon.

Dia sebenarnya bukan nak sangat memperjuangkan Melayu. Jauh sekali dia nak memperjuangkan rakyat. Sebabnya cukup mudah.

Si Sakmongkol ni bertindak keluar dari UMNO bukan atas sebab nak memperjuangkan rakyat. Sebaliknya, dia keluar sebab tidak dicalonkan sebagai wakil rakyat.

Tambahan pulak, jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Pekan tidak disambung semula selepas PRU ke 12 yang lalu. Itu sahaja sebabnya.
Hakikat ini sudah cukup buat kita. Hanya kerana dia tak dapat jadi YB dan tak dapat jawatan dalam Parti, dia kata UMNO  tak  perjuangkan Melayu.

Walhal, perjuangan dia pun adalah demi untuk kepentingan sendiri. Bukan sebab dia nak memperjuangkan Melayu sangat pun!!! Jadi, tak payah la dia susah – susah nak menipu rakyat. Kalau jadi haprak Rakyat, memang sesuai sangat la!!!

SUMBER:semuthitam80.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More