Selasa, 5 Mac 2013

(UPDATE DARI LAHAD DATU) TERKINI...!!!PERKEMBANGAN SERANGAN DARAT #OPS SULU!!!!

UPDATE LAHAD DATU: Info terbaru yang diterima daripada Krew MyMassa yang berada berhampiran lokasi serangan, setakat ini sejak serangan bermula pukul 7 pagi tadi, laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Keselamatan Malaysia. Alhamdulillah! Teruskan mendoakan kesejahteraan Wira Negara kita! Semoga beroleh kemenangan!

Jumlah kematian penceroboh pula masih tidak dapat disahkan setakat ini.

Penduduk tempatan yang berada berhampiran dengan lokasi serangan dipindahkan menggunakan lori  

Dalam masa yang sama, kawalan keselamatan di zon merah diperketatkan:
Pihak keselamatan memperketatkan kawalan keselamatan di zon merah susulan serangan ofensif yang dilancar ke atas penceroboh bersenjata di FELDA Sahabat 17, Kampung Tanduo di sini, hari ini.  

Tinjauan BERNAMA mendapati pasukan keselamatan meletakkan zon penampan bagi membezakan kawasan perang dan ruangan untuk orang awam di laluan masuk ke Kampung Tanduo, Labian dan Tanjung Batu yang dikawal ketat oleh anggota keselamatan terdiri daripada tentera dan polis. 
Kawasan itu menjadi zon larangan masuk bagi orang awam dan pihak tidak berkaitan.  
Sementara itu, masyarakat setempat termasuk di kawasan berjiran seperti Felda Sahabat 16 pula mengambil langkah keselamatan dengan berkurung di dalam rumah.  
Tinjauan BERNAMA di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari kawasan pencerobohan kumpulan bersenjata terbabit, mendapati keadaan seperti biasa dan orang ramai masih keluar dengan urusan masing-masing.  
Walaupun masih banyak premis perniagaan ditutup, operasi beberapa kedai runcit, kedai kasut dan kedai telekomunikasi di Bandar Sri Perdana berjalan seperti biasa.  
Awal pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif dari udara dan darat ke atas penceroboh yang menjadikan Kampung Tanduo sebagai kubu mereka sejak 9 Februari lalu.  
Serangan itu dilancar selepas kumpulan terbabit tetap enggan menyerah diri sekalipun diminta berbuat demikian oleh pasukan keselamatan.  
Sehingga kini, lapan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia terkorban ketika mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman kumpulan penceroboh terbabit yang mendakwa mereka 'Tentera Sulu'. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More