Khamis, 14 Mac 2013

(UPDATE LAHAD DATU) TERKINI..!!! TIAN CHUA BAWA SAMSENG PAKATAN RAKYAT KE MAHKAMAH..!!!


alt
 
KUALA LUMPUR 14 Mac - Kes Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR hari ini kecoh apabila sebilangan penyokong Tian Chua bertindak menghalang pihak polis daripada membawa Tian Chua ke pejabat polis di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi tujuan penahanan sementara sebelum didakwa atas akta hasutan.
 
Kira-kira 15 orang penyokong ahli parlimen itu dilihat bertindak membuat kepungan dan salah seorang daripadanya memarahi pegawai Polis yang hadir bagi mengiringi Tian Chua.
 
Turut menghalang Tian Chua daripada dibawa pihak Polis adalah peguamnya, Lathefa Koya, N. Surendran dan Eric Paulsen.
 
Seorang pegawai ASP Wong Chee Mean, dari jabatan siasatan jenayah Johor Selatan menjelaskan,bahawa mereka tidak berniat untuk menggari dan menahan Chua di dalam lokap, tetapi hanya untuk mengiringi Tian Chua ke bilik polis di kompleks tersebut.
 
Namun, Latheefa tetap membantah dan berkata tindakan berkenaan boleh dianggap sebagai tindakan penahanan Chua kerana mengehadkan pergerakan dan  tindakan itu memalukan pemimpin PKR tersebut.

-SUMBER KLPOS.COM

KLIK SINI---> http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-tQE9P0Iv1I

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More