Selasa, 19 Mac 2013

(UPDATE LAHAD DATU) PENGUMUMAN ISTILAH BARU PENGGANAS KIRAM..!!

PPH INGIN BERKONGSI POSTING TERKINI DARI BLOG SAHABAT PPH MYMASSA;



Mymassa baru sahaja dihubungi oleh rakan-rakan di dalam Persatuan Suluk Bersatu Sabah supaya kita tidak menggunakan istilah pengganas Sulu sebaliknya menukarkannya kepada pengganas Kiram. 

Menurut mereka, masyarakat Suluk di Sabah yang sudah lama menetap di Sabah sebelum merdeka lagi tidak boleh disamakan dengan orang-orang Sulu yang menetap di Kepulauan Sulu, Mindanao, Tawi-Tawi dan sekitarnya di Filipina.

Walaupun terdapat juga Pelarian Perang dari Kepulauan Sulu pada tahun 1970an dan awal 1980an ke Sabah dahulu, dan kebanyakan mereka yang menetap berpuluh tahun di Sabah sudah berjaya dalam permohonan menjadi warganegara Malaysia, namun mereka sangat tidak suka dikaitkan dengan kegiatan Pengganas Kiram ini. Mereka juga tidak mahu digunakan perkataan pengganas Sulu kerana seolah-olah melibatkan diri mereka juga.

Masyarakat Suluk di Sabah, yang menggunakan ejaan "Suluk" bukan "Sulu" merasakan tidak adil kepada mereka kerana tempias keganasan pengganas-pengganas Sulu itu terkena juga kepada mereka, walhal mereka adalah masyarakat Suluk Sabah yang patuh kepada kerajaan dan negara Malaysia.

Oleh itu, mula saat ini mereka meminta supaya bloggers, media dan orang ramai menggunakan istilah yang lebih sesuai yakni Pengganas Kiram.

Dalam hal ini, mymassa boleh sampaikan dan mengharapkan semua rakan media internet dan bloggers menggunakan istilah yang lebih tepat seperti Pengganas Kiram, Pengganas Jamalul Kiram3 dan sebagainya.

Sekian, diharap posting ini membantu. Terima kasih.

**MAKA PPH BERPANDANGAN BAIK KITA TUKAR ISTILAH YANG SEDIA ADA..INI MENUNJUKKAN MAKIN BANYAK PIHAK YANG TIDAK SETUJU DENGAN PERJUANGAN KAUM KELUARGA SI KIRAM NIH...BAK KATA PEPATAH KERANA KIRAM SEKELUARGA , BUSUK KAUM SULU SEDUNIA..HEHE..

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More