Isnin, 9 Julai 2012

DEBAT 2.0 : LIM GUAN ENG VS. CHUA SOI LEK, SIAPA LEBIH IKHLAS ATAU...... ??!!


PPH baru sahaja selesai menonton Debat 2.0 : LGE VS CSL di laman Youtube kerana terlepas menontonnya secara langsung di Astro Awani. Keghairahan menyaksikan perlawanan SUKMA di sekitar Kuantan membuatkan PPH terlupa sama sekali tentang debat antara kedua ketua parti tersebut.

Melihat kepada rakaman debat tersebut, PPH berasa sedikit tersentuh dengan beberapa ulasan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek tentang adalah pengakuan berani beliau mengenai kedudukan orang-orang Cina di Malaysia. Rata-rata di dalam kenyataan beliau, banyak menyatakan bahawa rakyat Cina Malaysia mempunyai kelebihan dari segi ekonomi, pemilikan hartanah dan pendek kata mengakui kaum Cina tidak dianaktirikan berbanding kaum Bumiputera di Malaysia. Beliau turut menyatakan walaupun banyak peluang telah diberikan kepada kaum Bumiputera tetapai masih ada kaum Bumiputera tidak pernah berpuas hati. PPH lihat beliau lebih realistik di dalam menjelaskan tentang kedudukan kaum Cina di Malaysia dan berani PPH katakan Datuk Seri Chua Soi Lek lebih matang mendekati konsep "1 Malaysia" berbanding debat yang pertama pada bulan Februari lepas. PPH ingin ucapkan syabas Datuk Seri Chua Soi Lek..!!


LGE the PlasterMAn
Berbanding dengan Lim Guan Eng, yang berucap seumpama berada di pentas ceramah politik, cuba sedaya upaya untuk memenangkan orang Cina sahaja. Tiada langsung menyebut  tentang nasib rakyat Bumiputera, hanya rakyat Malaysia sahaja. Tidak ubah seperti seorang panglima angkatan perang Komunis, Lim Guan Eng gagal sama sekali meyakinkan kepada orang Melayu dan Bumiputera dan juga bangsa lain selain bangsa Cina, Pakatan Romen (PR) berniat IKLHAS untuk sama-sama memajukan bangsa lain di Malaysia. Hanya yang diperkatakan samada sedar atau tidak lebih berat sebelah untuk memenangi kaum Cina. Ada juga diselitkan kata-kata sindiran kepada Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai isu video Datuk Seri Chua Soi Lek. (PPH gelak kejap sebab teringat Skandal LGE dengan Ng Phaik Keng tak perlu video tapi terus nampak di dahi..HAHA) SYABAS juga kepada Lim Guang Eng kerana ternyata anda adalah seorang RASIS dan memperjuangkan HAK SATU KAUM SAHAJA.. 

Kesimpulannya, PPH agak berpuas hati dengan debat kali ini kerana ternyata bukan sahaja kita dapat melihat kedudukan sebenar sokongan MCA kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sekurang-kurangnya pendirian sebenar pendirian Presiden MCA tersebut. Lim Guan Eng pula PPH lihat berdebat seperti hanya seorang Komunis yang tujuan utamanya di Malaysia untuk mendapatkan populariti dan menegakkan semangat SATU bangsa di negara Malaysia tanpa mengendahkan sensitiviti atau keperluan bangsa lain di Malaysia. PPH INGIN MENYERU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA....AYUH KATAKAN TIDAK KEPADA KOMUNIS DALAM PRU 13 INI!!!



0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More