HARI INI PPH SENGAJA INGIN MELUAHKAN SEDIKIT PERASAAN BERKENAAN DENGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN KE 55 YANG BAKAL KITA SAMBUT PADA 31 OGOS 2012 TIDAK LAMA LAGI..TERUS TERANG PPH KATAKAN LOGO YANG SEDIA ADA PADA KALI AMAT MENYEDIHKAN..UNTUK MAKLUMAN SEMUA PPH TIDAK ADA BANTAHAN LANGSUNG TENTANG TEMA HARI KEMERDEKAAN "JANJI DITEPATI" KERANA PPH RASA AMAT BERTEPATAN, CUMA PPH SEDIKIT TERKILAN DENGAN HASIL CIPTAAN LOGONYA..IKHLAS DAN JUJUR DARI PANDANGAN MATA PPH, BOLEH KATAKAN LOGO KALI INI TIDAK UBAH SEPERTI SEBUAH LOGO YANG DICIPTA OLEH KANAK-KANAK DI TAHUN 3. MUNGKIN RAMAI SAHABAT-SAHABAT AKAN TIDAK BERSETUJU DENGAN PPH KALI TAPI INI HANYA LUAHAN HATI PPH SAHAJA. TIDAK ADA 'BIAS' KEPADA MANA-MANA PIHAK..CUMA PPH TERTANYA-TANYA SIAPAKAH GERANGAN PENCIPTANYA DAN SIAPAKAH YANG TERGAMAK MEMBAWA "PROPOSAL"NYA KE PERINGKAT ATASAN???
TAMBAH MENYEDIHKAN RAMAI KUMPULAN PAKAR-PAKAR GRAFIK YANG SAYANGKAN KERAJAAN BN DAN UMNO MENGADAKAN "SILENT PROTEST" DENGAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 YANG LEBIH BAIK..DAN PPH LIHAT ANTARA HASIL-HASIL MEREKA TIDAK KURANG HEBAT KREATIF DAN LEBIH PATRIOTIK..!!SEPERTI DI SINI..>KLIK<
AKHIR SEKALI PPH NAK MINTA MAAF SEKIRANYA POST PPH KURANG DISENANGI PADA KALI INI TAPI APA YANG PPH AMAT-AMAT HARAPKAN LOGO HARI KEMERKAAN KE 55 NEGARA DAPATLAH DISEMAK SEMULA SUPAYA HASIL SENI LOGO TERSEBUT LEBIH DINAMIK, KREATIF DAN SIMBOLIK AGAR DAPAT MELAMBANG KEUTUHAN KERAJAAN BN DAN RAKYATNYA YANG HIDUP HARMONI SERTA PROGRESIF KE ARAH MEMBENTUK SEBUAH NEGARA MAJU.
P.S. POST KALI INI HANYA PANDANGAN DAN LUAHAN JUJUR PPH SEMATA-MATA DAN TIADA NIAT UNTUK MEMBIDAS DAN MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK DAN MEMPOLITIKKAN ISU INI. INI CUMALAH KOMEN SEORANG RAKYAT YANG SELAMA HAMPIR 40 TAHUN PPH HIDUP TERPANGGIL UNTUK BERIKAN KOMEN TENTANG LOGO HARI KEMERDEKAAN ITU SAHAJA..LAGIPUN SIAPALAH PPH UNTUK KOMEN PERIHAL LOGO HARI KEMERDEKAAN NIH..???LAKU KE PANDANGAN PPH NIH..??HEHEH...
0 comments:
Catat Ulasan