Jumaat, 20 Julai 2012

DEBAT USTAZ NASRUDIN VS. USTAZ FATHUL BARI GAGAL??!!

TAK MENCAPAI TUJUAN??
PPH baru sahaja menonton debat di laman Youtube anjuran Sinar yang telah berlangsung semalam (19/7/2012) , dan PPH berasa agak kecewa dengan sikap Pemuda PAS Nasrudin Tantawi.  Perkara yang menjadi persoalan kepada PPH adalah kenapa Ketua Pemuda PAS tersebut tidak mengambil kesempatan pentas debat tersebut untuk berdebat lebih Islamik?? Ini adalah kerana ternyata antara tujuan penganjur adalah untuk melihat  kepada perdebatan dari sudut pandangan Islam di dalam hujah-hujah serta buku-buku rujukan ulamaq-ulamaq Islam tersohor. Tetapi akhirnya,pentas debat yang dijangka Islamik dan majlis ilmu tersebut hanya menjadi pentas politik "Bodoh Sombong" Ketua Pemuda PAS untuk menunjukkan sifat bongkak yang tidak perlu dan tidak sesuai pada tempat dan masanya.. 



Pada pandangan PPH... kalau PAS nak berdebat fakta-fakta yang melibatkan unsur-unsur politik, baik UMNO hantar YB KJ jek..PPH rasa sudah tentu Ustaz Nasrudin jadi "Kera Sumbang" kerana pasti terkedu dengan hujah-hujah fakta Ketua Pemuda UMNO, YB KJ..ibarat seperti "KERA TERKENA BELACAN" la jawabnya..

PPH hanya meluahkan rasa kecewa PPH terhadap Ketua PEmuda PAS tersebut kerana beliau tidak mahu menggunakan pentas debat tersebut untuk mencari persamaan sesama umat Islam dan Melayu khasnya supaya dapat orang Melayu dapat bersatu..

Apapun, kita hindari isu kebodohan Ketua Pemuda PAS tersebut untuk PPH untuk mengucapkan, Selamat Menyambut dan Menjalani Madrasatul Ramadhan dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan terumata sekali kepada pembaca setia blog PANGLIMA PATIN HITAM..

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More