Menurut sumber PPH, parti Pakatan Romen (PR) bakal mengekalkan cengkaman ke atas 5 buah negeri di bawah jajahannya termasuk negeri Perak Darul Ridzuan. Menurut sumber PPH lagi rata-rata lebih 50% pengundi dari kalangan penjawat awam yang bertugas dan bermastautin di luar negeri asal mereka belum lagi mengubah pusat mengundi mereka dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi tidak dapat pulang untuk mengundi semasa Pilihanraya ke 13.
Namun kelemahan ini menjadi punca kekuatan kepada parti pembangkang terutama Parti DAP kerana pada masa yang sama mereka sedang giat memindahkan pengundi-pengundi yang dikenalpasti sebagai Pro-Pembangkang ke negeri-negeri jajahan mereka. Ini bertujuan mengekalkan kedudukan mereka di negeri-negeri terlibat. Patutlah di Selangor PPH nampak kerajaan Selangor melalui PKNS sibuk menggadaikan tanah-tanah bagi menaikkan projek-projek kondominium mewah bagi menempatkan pengundi-pengundi mereka..!!
Melalui pada kajian dan pemahaman PPH, Pakatan Romen (PR) ini sangat bijak menyusun strategi mereka melalui peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR. Dari sumber PPH perolehi, Peraturan-Peraturan Pengundian yang telah ditetapkan oleh SPR hanya membenarkan beberapa kategori pengundi sahaja untuk menjalankan pengundian lebih awal. Antara pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi lebih awal ialah:
i) Petugas Pilihanraya yang dilantik oleh SPR;
ii) Anggota tentera, Anggota Polis dan Anggota PGA dan pasangan mereka;
iii) Ahli PAnel dan Pegawai SPR;
Maka selain daripada kategori tersebut, SPR mewajibkan kepada pengundi-pengundi tersebut untuk samada pulang mengundi ke pusat mengundi yang telah diwartakan kepada mereka ataupun dengan segera menukar alamat tempat mengundi mengikut di negeri dimana mereka sedang bermastautin. Dan daripada statistik yang PPH semak baru-baru ini...adduyaii...tinggi betull..jadi bagaimana Kerajaan BN ingin mengharapkan undi dari penjawat awam nih???!!
Pada pandangan PPH seharusnya perkara sebegini tidak timbul, kerana jentera kerajaan BN harus sama kuat menyaingi puak pembangkang supaya kita tidak kehilangan 'Demographic Advantage' (betul ke terma koi nyebut nih??) untuk menawan kembali negeri dari tangan puak-puak Pakatan Romen (PR) tersebut. TAKUT YANG DIKEJAR TAK DAPAT, DIKENDONG PULAK BERCICIRAN...( MCM BUNYI SI KARAM SINGH LA PULOK..??!!)
0 comments:
Catat Ulasan