TUKAR KARIER? |
Lori-lori pasir dan rumah-rumah urut di negeri Selangor bergegar lagi selepas disondol bertubi-tubi, kali ini dengan isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang telah melantik anak saudaranya sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Mujurlah keputusan mengenai isu ini telah diselesaikan secara kolektif oleh para Exco negeri Selangor sebulat suara dan keputusannya Faekah perlu meletakkan jawatan pada tarikh yang ditetapkan. Tapi sebelum pada itu, si Khalid Gagap cuba menyelamatkan Setiausaha Politiknya itu dengan memberikan alasan, bahawa “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri
mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong".
Kenapa agaknya si Khalid sayang sangat ke SecPol dia sorang nih? PPH dengar khabor, si Faekah ni adalah penghubung kepada Presiden Keadilan, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat diselesaikan tanpa perlu diselesaikan di dalam keadaan protokol, seperti dalam mesyuarat parti.
Nampaknya tak lama lagi "Jahanam" lah karier si Khalid Gagap nih, mana taknya, dengan pemecatan Faekah (sekiranya betul dipecat la..), maka terserlah la kegagapan si Khalid dalam menjadi Menteri Besar Selangor. Kelemahan si gagap sebagai pemimpin yang lemah juga akan bersinar-sinar.
Si Khalid pada masa ini, seharusnya sudah berpinau-pinau memikirkan kariernya yang bakal dilucutkan tidak lama lagi. Kerana sudah semakin jelas, pihak Exco sendiri tidak bersetuju dengan pendapat si Gagap sebagai seorang pemimpin. Bagaimana hendak mentadbir sebuah negeri yang besar sekiranya tidak mendapat sokonga dari ahli-ahli Exco sendiri? Hanya masa akan menentukan nasib si gagap..
PPH cuma nak komen sikit je,nak salahkan si gagap pun tak boleh jugek. Sememangnya "Pakatan Romen" bukan reti nak mentadbir pun? Harapkan ambil alih kerajaan yang sudah lama ditadbir urus oleh kerajaan BN, "dan-dan" terus mengaku mereka yang memajukan negeri tersebut. Dokpe, satu demi satu akan terungkai tentang kebodohan mereka ni, tunggu dan lihat jelah.
Oo..satu lagi..nasihat PPH kepada Khalid Gagap tuh supaya tukar karier jelah..dengar khabor kumpulan RAP KRU nak ambil ahli baru..sesuai sangat lah..jadi "RAPPER GAGAP"..TE TE TE TE TE...heheh
0 comments:
Catat Ulasan