Khamis, 28 Jun 2012

KUBU KUAT PAS AKHIRNYA TEWAS KEPADA HASSAN ALI DI TEMERLOH..!!

Demi Islam,Melayu dan Raja Melayu
Sejak dari pemecatannya dari PAS pada bulan Januari tahun ini, Datuk Hassan Ali sangat gigih menjelajah dari satu negeri ke negeri di seluruh Malaysia bagi memberikan amaran kepada seluruh umat Islam. Antara kandungan ceramahnya tiada lain adalah untuk menyedarkan umat Islam tentang pentingnya umat Islam di negara ini mempertahankan Aqidah, Syariah dan Akhlak agama Islam mereka. Beliau juga berulang-ulang kali mengingatkan kepada umat Islam tentang bahayanya ancaman Kristianisasi yang semakin agresif memurtadkan orang-orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia khasnya. Perjuangan beliau berpegang kepada prinsip demi agama Islam, Ketuanan Bangsa Melayu dan Raja Melayu Berdaulat. Dalam usaha beliau berjihad ini, pelbagai tuduhan serta kata-kata nista disabitkan kepada beliau. Tapi ianya tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk menyelamatkan agama Islam di negara ini.

Menurut sumber-sumber PPH, rakyat di Pahang khasnya di Temerloh sudah mula sedar akan ancaman-ancaman yang dimaksudkan oleh Datuk Hassan Ali ini. Mereka juga sudah mula bijak membezakan siapakah yang sebenarnya ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam dengan berpandukan kekuatan "Iman" dalam diri mereka. Ceramah-ceramah politik PAS di Temerloh sudah mula mereka pinggirkan, aktiviti-aktiviti anjuran PAS juga telah juga mereka abaikan. Alhamdulillah..Allah S.W.T. masih lagi sayang kepada warga Temerloh dengan membuka pintu hati mereka .

Buktinya, dari pemerhatian PPH sungguh jelas PAS sudah mula meninggalkan kempennya di Kuala Semantan , kawasan yang dilabelkan sebagai kubu kuat parti PAS sudah kelihatan lesu dan suram. Banyak program-program PAS Pusat telah dipusatkan ke Kerdau dan Kuala Krau. Masalah ketidakserasian penyandangnya juga khabarnya menjadi punca, ditambah lagi dengan ketandusan pengganti yang sesuai. 

PPH sebenarnya bukan nak komen sangat tentang kawasan kubu kuat PAS yang makin lemah itu tetapi PPH nak kongsikan tentang perjuangan Islam itu sendiri. Tanda-tanda dunia ini sudah hampir Kiamat makin jelas gamaknya apabila individu seperti Datuk Hassan Ali yang ikhlas memperjuangkan agama Islam dicaci dan dicerca..tetapi puak-puak yang mempermainkan Islam pula yang disanjung dan tambahan pada itu lagi,"Perjuang Murtad" juga turut dipertahankan..Malaysia oh..Malaysia..pe nak jadi..Tanahairku..

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More