Rabu, 20 Jun 2012

PENDAPAT ULAMAK-ULAMAK DARI AL AZHAR TAK LAKU..??

Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour
Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, berkata, kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong. Menurut beliau lagi, "Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik. Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong.
Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" di PWTC.

Sementara itu, Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, masyarakat Islam perlu bersatu dalam apa jua keadaan biarpun masing-masing mempunyai perbezaan politik. Menurut beliau, Islam tidak menghalang umatnya mempunyai pandangan berbeza tetapi ia tidak boleh menjejaskan perhubungan sesama mereka. ''Jika rakyat mempunyai pandangan berbeza dengan pemimpin, maka mereka boleh menegurnya secara baik kerana rakyat perlu memuliakan pemimpin dan mereka perlu mentaatinya dalam hal kebaikan. Rakyat juga tidak boleh mengikut pemimpin secara membabi buta selain mendoakan segala yang baik kepada mereka jika mereka tidak berlaku adil," katanya. -Sumber pahang-ku.blogspot.com

Kedua-dua tokoh ulamak tersebut memberikan pandangan mereka ketika menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula pada 15 Jun hingga 18 Jun 2012.

PPH agak tersentuh juga dengan pendapat-pendapat ulamak-ulamak terkenal ini yang rata-ratanya berasal daripada sekitar Arab Saudi dan Mesir. Dan yang paling penting adalah mereka ahli-ahli akademik Islam yang mengajar di Universiti Al Azhar. Pandangan mereka jelas berdasarkan nas-nas serta hadith yang seharusnya memberikan kesedaran kepada umat Islam di negara Malaysia tercinta ini. Apakah akan ada puak-puak yang berani untuk menyangkal pandangan-pandangan ulamak-ulamak ini?Apakak akan timbul tuduhan-tuduhan yang menyatakan bahawa ulamak-ulamak tersebut telah di bayar?

PPH rasa sudah sampai masanya umat Islam di Malaysia sedar tentang pentingnya kepada perpaduan, dan kesejahteraan ummah dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada negara kita. Hormati pemimpin dan bersyukur. Bukan taksub kepada pemimpin ayng menggelarkan diri mereka sebagai ulamak tetapi sanggup mengadaikan agama semata-mata demi kepentingan politik semata-mata.








0 comments:

Catat Ulasan

MEDIA PANGLIMA PATIN HITAM

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More