Khamis, 21 Jun 2012

SUARAM PENIPU BESAR ISU SCORPENE..!!

Cynthia Gabriel
PENIPUAN BESAR SUARAM terhadap ISU SCORPENE sudah makin lama mendedahkan kepada rakyat tentang penipuan yang direkacipta oleh sebuah NGO yang kononya perihatin dengan masalah rakyat dengan berlindung di bawah perjuangan "hak asasi manusia"

Kemuncak buruknya sikap SUARAM ini ialah apabila mereka menggunakan nama ‘Mahkamah Perancis’, ‘Undang-undang Perancis’ dan ‘Hakim Perancis’ bagi menguatkan penipuan mereka.
Apabila pembohongan mereka dibongkar dan rakyat semakin sedar bahawa mengenai kes ‘rasuah dalam pembelian kapal-selam’ oleh Malaysia tidak wujud sama sekali.   Kerana "Malu Semalu-Malunya"(seperti lagu kumpulan SLAM), SUARAM mula berbohong lagi dengan menyatakan bahawa orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah orang pertama yang akan disapina oleh Mahkamah Perancis dalam kes ini. 

Malang bagi SUARAM dan pembangkang apabila Jasbir tampil membuat penafian tegas menyatakan “Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa.”Malah Kedutaan Perancis juga terpinga-pinga apabila mendengar soal sapina. 

Maka, kantoilah lagi pembohongan SUARAM. LAGI dan LAGI dan LAGI....

PPH dok tengah pening mikir pe kena mengena "Hak Asasi Manusia" untuk SUARAM nak sibuk-sibuk perjuangkan ni dengan menipu dalam ISU SCORPENE nih??Ada anak kapal dalam Scorpene tu kena seksa ke?Ada orang gaji warga asing dalam kapal tu kena seksa ke?Ada kanak-kanak kena dera ke dalam kapal selam buatan Perancis ke?

Kesimpulan yang PPH boleh nyatakan di sini adalah, SUARAM bukan sahaja menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tetapi juga dengan angkuhnya mempermainkan nama mahkamah Perancis, Kedutaan Perancis, Hakim Perancis, rakyat Malaysia, pemerhati politik serta para wartawan seluruh dunia. SUARAM  yang PPH kenal sejak dari zaman Irene Fernandez lagi adalah sebuah badan NGO yang suka mencari populariti atas kesusahan rakyat. Kalau ye pun nak bercakap pasal "Hak Asasi Manusia"  SUARAM pergilah buat majlis amal untuk kutip derma bagi membantu rakyat yang susah di seluruh Malaysia barulah negara boleh iktiraf SUARAM sebagai badan NGO yang sayang kepada negaranya. Ini tidak nak PUBLISITI MURAHAN je kerjanya..

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More