Sabtu, 23 Jun 2012

PROGRAM "HIMPUNAN HIJAU 2.0" ANJURAN PAS DI KUANTAN UNTUK KEMBANGKAN PLURALISMA DI PANTAI TIMUR.

Keranda dan Bendera Mirip Upacara Buddha
Bendera hitam berkabung
"Himpunan Hijau 2.0: Langkah Lestari" anjuran Parti PAS Kuantan bersama kumpulan NGO Anti-Lynas di Pantai Balok, Kuantan yang berlangsung dari 23-24 Jun 2012 dilihat sebagai tapak untuk mengembangkan fahaman "Pluralisma" secara halus.  Kelihatan berpuluh-puluh bendera berwarna hitam dengan tulisan pelbagai bahasa dipacakkan sekitar tapak program seumpama peserta sedang berkabung dalam satu upacara pengebumian agama Buddha. Dan kira-kira jam 11 malam nanti PPH dimaklumkan akan diadakan satu upacara membakar keranda-keranda mengikut adat Buddha oleh pengikut NGO Anti-Lynas yang rata-rata beragama Buddha bersama-sama penyokong PAS yang beragama Islam. Inilah makna sebenarnya "Pluralisma" yang mana semua agama adalah sama..!! Astagafirullah..Al Aazimm...(Istighfar panjang PPH dibuatnya..) 

PPH berasa amat kecewa dengan sikap PAS yang sanggup menggadaikan agama Islam demi mencapai maklamat untuk memenangi PRU 13. Apakah penyokong-penyokong PAS masih lagi lena dengan buaian Parti PAS yang menyesatkan ini? PPH  berdoa kepada Allah S.W.T. moga dibukakan pintu hati pemimpin-pemimpin PAS dan pengikut-pengikutnya agar pulang ke landasan sebenar yang dituntut Islam. Ya Allah jauhilah mereka dari azab api nerakaMU.. Nauzubillah...

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More