Hujung minggu lepas PPH singgah ke Pelangi Resort di Balok, Kuantan..hati kawan ini teringin sangat nok nengok ke "Himpunan Hijau 2.0" anjuran Parti Ajaran Sesat Semenanjung Malaysia (PAS) yang heboh diperkatakan tuh. Kononnya, 50,000 peserta akan hadir. Maka pada hari itu sampai la kawan di tapak majlis tersebut. Di kala sedang kawan ralik nengok ke gerai-gerai baju,makanan dan bendera hitam yang mirip agama Buddha tuh..kawan tersentak bila terjumpa satu khemah gerai dengan logo TM di mata kawan. Tiba-tiba sahaja PPH rasa hangin satu badan..Dalam hati kawan, siapalah manusia yang tak bertanggungjawab nih? PPH tidaklah menyalahkan pengurusan Telekom Malaysia Berhad serta tidak juga menuduh mereka terlibat dalam pengajuran program tersebut. Apa yang kawan geramkan sikap wakil penjual yang rakus untuk meningkatkan jualan tanpa memikirkan tentang IMPLIKASINYA (bila tension je PPH keluar bahasa kamus) mempromosikan nama TM di majlis parti pembangkang yang anti- kerajaan sepertinya. Sedar ke tidak deme nih?
Gerai TM di tapak Himpunan Hijau 2.0 |
0 comments:
Catat Ulasan